dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Konvoi Jalur Gemilang Anjuran Krt Batas Lintang

15 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2025, NADI mendapat jemputan daripada pihak KRT Batas Lintang untuk membuka kaunter pemeriksaan kesihatan kepada peserta program dan juga komuniti Batas Lintang. Terdapat juga badan - badan kerajaan yang hadir bagi memeriahkan majlis seperti Ketua Polis IPD Kangar, polis pengiring konvoi Simpang Empat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Universiti Malaysia Perlis.

Selain pembukaan kaunter kesihatan, NADI mengambil pendekatan ini untuk mempromosikan NADI kepada komuniti dan menerangkan inisiatif dan program – program yang sedang dijalankan di NADI seperti kelas Mahir, kelas usahawan, kelas tuisyen untuk pelajar (DiLea), Kempen Internet Selamat dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, NADI juga membuka kaunter keahlian kepada komuniti untuk turut serta manjadi ahli NADI. Antara NADI yang terlibat dalam membantu melancarkan aktiviti di NADI semasa program berlangsung ialah NADI Tambun Tulang dan NADI Kampung Surau.

Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..